Amalan 5s

  PENGENALAN


Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.  Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.  Pelaksanaan
Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.  Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan,
kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan  5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000,  khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan  Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan  5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

MAKSUD SINGKATAN 5S

5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika
diterjemahkan ke Bahasa Melayu .

S1 - SISIH ( SEIRI )
SISIH memberikan tumpuan kepada pengasingan dan
pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di
tempat kerja.
S2 - SUSUN ( SEITON )
SUSUN merujuk kepada prinsip “Setiap barang
ada tempatnya dan setiap tempat ada
barangnya”. Penekanan SUSUN tertumpu kepada
kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan
dan selamat.
S3 - SAPU ( SEISO )
.SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang
tempat kerja atau peralatan bersih daripada
habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi
peralatan, kualiti produk dan kesihatan. SAPU
juga memberi penekanan kepada penjagaan
kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang
selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan
perkhidmatan.
S4 - SERAGAM (SEIKETSU )
SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna
sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya.
Aktiviti 5S diperingkat ini dapat dilaksanakan dengan
mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai.
S5 - SENTIASA AMAL (SHITSUKE )
SENTIASA AMAL ialah usaha mengekalkan 4 Amalan
5S yang pertama iaitu Seiri, Seiton, Seiso dan Seiketsu
di samping melaksanakan penambahbaikan
berterusan di premis Jabatan/Agensi. SENTIASA AMAL
memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan
seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan
Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.



CARTA AMALAN 5S




CARTA TONGGAK DUA BELAS


BUKU PELAWAT






RUANG MENUGGU TETAMU


BILIK PENGHULU


CARTA NILAI-NILAI ASAS


 BILIK MESYUARAT


PANTRY


CARTA ORGANISASI  MUKIM RAMBAI



BILIK PEMBANTU TADBIR