PENGHULU MUKIM RAMBAI 2014
( MOHD. ZULKAMAL BIN ABDUL MUNIN )
PENGHULU
TUGAS DAN FUNGSI PENGHULU
Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawahan.
Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
Bidang sosial dan Kemasyarakatan.
Bidang Ekonomi
Bidang Keselamatan
Pendidikan
Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja lagi. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.
Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pentadbir di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Daerah.
( PUAN WAHIDA )
PEMBANTU TADBIR
Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.
* Pentadbiran Am Pejabat
* Pemantauan Pentadbiran JKKP
* Pengurusan Maklumat Mukim
*Info Kemasyarakatan
* Info Program Pembasmian Kemiskinan
* Pembangunan Insan
* Pembangunan Luar Bandar
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami , Pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :
1.Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
2.Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah.
3.Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan.
4.Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah.
5.Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam .
6. Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
